Sunday 30 September 2012

* Resepi Gulai Ikan Tongkol

GULAI IKAN TONGKOL
(sesuai dimakan dengan Nasi Dagang @ Nasi Berlauk)

 

Bahan2 untuk Kuah
2 labu bawang besar merah  * 5 ulas bawang merah kecil 
*  2 ulas bawang putih * 1 inci halia  * 1 inci lengkuas
* 1 inci kunyit hidup  * 5 tangkai cili kering
* Santan  * garam/gula  * 1 keping Asam keping
* 1 peket kecil serbuk kari ikan adabi / 3 sudu b kari gulai darat
- Santan 1/2 kilo. Sedikit minyak untuk menumis
- garam/gula @ sedikit gula melaka / perasa
- cili hijau & merah (blh gunakan cili kecil @ cili besar) 





 
Ikan Tongkol Rebus (1 kilo / 3 ekor besar)
Ikan tongkol yang sedang seekor dipotong 4/5 mengikut saiz. Ikan tongkol direbus bersama garam, sedikit bawang putih & 2 keping asam keping. Masak sehingga air rebusan agak kering. @ Rebus ikan bersama cuka.

Cara - Cara
Blan semua bahan2 yang bertanda *  hingga hancur,
 kemudian tumis sehingga wangi, selepas itu masukkan
rempah kari ikan, kacau2 seketika, dan masukkan sedikit air,
kacau hingga sebati. Masukkan santan dan semua
bahan2 lain kecuali cili hijau.
Masak hingga kuah mendidih dengan api yg sederhana.
Apabila mendidih, masukkan ikan, kacau dengan perlahan, takut ikan hancur, kemudian bolehlah dimasukkan cili hijau & merah. Rasa & siap.

* Resepi Nasi Dagang


NASI DAGANG



Resepi Nasi Dagang 1 

BAHAN-BAHAN : 
4 cawan beras nasi dagang / beras wangi
1/2 kilo santan pekat
4-5 ulas bawang merah - dimayang
2-3 ulas bawang putih
1 cm halia - hiris macam bilah mancis
1 sudu kecil halba, garam, gula
 
CARA-CARA MEMBUAT NASI DAGANG :
Bersih beras dan rendam. Sekurang-kurangnya 3 jam.  Sebaiknye rendam semalaman.
Ambil 1/2 kilo santan. Dibahagikan 2. Tambahkan 1/2 dicampurkan dengan
3 cawan air untuk jadikan santan cair. 
1/2 santan lagi jadikan sebagai santan pekat. Masak santan pekat bersama bawang, halba,
garam dan gula sehingga gula/garam hancur. Biarkan mengelegak seketika.
 
Toskan beras. Kukus sekejap lebih kurang 10 minit. Kemudian angkat/siram dan gaulkan dengan santan cair. Kukus semula sehingga nasi masak. Sekiranye nasi lambat masak bolehlah disiram @ gaul dengan santan cair sekali lagi & kukus lagi. Tapi jangan sampai nasi menjadi lembik.
 
Bila nasi dah masak, angkat dan gaul pula dengan santan pekat. Kukus semula dalam 2-5 minit.
(Tapi sekiranye nasi terlebih masak & lembik tak perlulah lagi di kukus lagi.
Cukup sekadar di gaul dengan santan pekat tadi.)

 Bila dah siap bolehlah dihidangkan bersama gulai ikan tongkol atau kari ayam & acar.

Resepi Nasi Dagang 2




 
 
Resepi Nasi Dagang Kelate
 
1kg beras nasi dagang *dibasuh dan direndam semalaman*
santan kemancar(santan cair) 1 mangkuk
santan pekat 1 mangkuk
bawang merah 5 - 6 ulas
halia 1 inci, sedikit halba, garam, gula
 
Caranya:
Beras yang direndam dibasuh bersih kemudian ditoskan.
Sementara itu mayang halus bawang serta halia.
Kukus nasi dagang selama 15 minit.
Angkat dan alihkan dalam besen besar kemudian di arung/kacau  dengan santan kemancar. Arung biar sebati santan dengan nasi yang separuh masak.
Kukus lagi selama 20 minit. Angkat dan akhirnya arung dengan santan pekat yang dah dicampur garam dan gula + bawang merah + halia + halba.
 
Biarkan selama beberapa ketika baru boleh dihidangkan.



 

Resepi Gulai Ikan Aya 
ikan (direbus dengan garam buku, nise, lengkuas dan asam keping)
 
santan dicampur dengan air masak sesuai dengan kuantiti ikan
(gandakan santan jika ikan lebih)
 
lengkuas 2@3 hiris **, halia muda 2 inci **, bawang merah besar 1 labu **
 
bawang puteh 1 ulas **, sedikit kunyit hidup **, cili kering 2 tangkai **
 
2 sudu besar rempah kari ikan, asam keping 1 
garam, gula, lada hijau
 
Cara:
 
Semua yang bertanda ** dimesin kemudian dicampur dengan rempah kari...jadikan pes.
Tumis bahan tersebut hingga hilang bau kari dan rempah dah sebati dengan minyak.
Bila tumisan dah masak cantik dan masukan santan.
Teruskan masak dengan menggunakan api yang kecil.
Masukkan asam keping.
 
Kemudian diikuti dengan lada hijau dan ikan rebus.
Perasakan dengan garam dan gula.
 



Resepi Sambal Nasi Dagang

 
Bahan2nya:
 
Ikan kembong besar 1 ekor - dipanggang/direbus dengan sedikit air
kelapa goreng/kelapa parut setengah biji - digoreng tanpa minyak hingga garing 
bawang merah besar 1 labu (saiz kecil), halia muda 1inci
serai 1 batang di ricik halus, lada hitam 7 - 8 biji
garam, manisan 1 keping
 
Cara: 
 
Tumbuk lada hitam, diikuti dengan serai, halia dan bawang merah. 
Keluarkan dari lesung, kemudian tumbuk pula nyior goreng diikuti isi ikan bakar tawar. 
Kemudian tumbuk pula manisan dan garam kemudian lecek2kan semua bahan bagi serata
 

 
RESEPI GULAI UDANG
 
 
Bahan2nya: 
 
Udang sederhana besar
santan cawan dicampur dengan air masak sesuai dengan kuantiti udang 
lengkuas 2@3 hiris **, halia muda 2 inci ** 
bawang merah besar 1 labu **, bawang puteh 1 ulas ** 
sedikit kunyit hidup **, cili kering 2 tangkai **, 2 sudu besar rempah kari ikan
asam keping 1, garam, gula
Cara:
 
Semua yang bertanda ** dimesin kemudian dicampur dengan rempah kari...jadikan pes.
Tumis bahan tersebut hingga hilang bau kari dan rempah dah sebati dengan minyak.
Bila tumisan dah masak cantik masukan periuk santan. 
Teruskan masak dengan menggunakan api yang kecil.
Setelah itu bolehlah dicampurkan udang ke dalam periuk kuah.
Masukkan asam keping. Perasakan dengan garam dan gula.
     
     

* Resepi Nasi Kerabu

 
 

Makanan seimbang dan lazat

NASI KERABU
 
Nasi Kunyit Berseri @ warna biru
5 cawan beras biasa
2 sudu makan kunyit serbuk (bg beras jadi warna kuning)
2 titik pewarna biru @ 1 gelas air tapisan bunga telang
5 helai daun limau purut
2 batang serai
 


Caranya:
 
Masak macam biasa cuma masukkan kunyit,
limau purut dan serai.
Bahan-bahan diatas akan menjadikan
nasi kita warna kuning.

Selain warna kuning, kita juga boleh warnakan nasi
dengan warna biru dengan memasukkan bunga telang.
Bunga ditumpuk di tapis & ambil airnya dimasukkan kedalam beras. 
Orang tua-tua selalu tanam bunga ini di pagar tepi rumah.
Selain nampak cantik, senang untuk buat nasi kerabu.
 
Bunga telang yang menghasilkan warna biru natural bagi makanan.

 

Nasi kerabu hitam dihasilkan dengan memasukkan daun limau purut
@ serai batang @ daun pandan

Kalau tak ada semua bahan-bahan di atas,
nasi kerabu putih @ pewarna biru pun boleh.....

Sambal Kelapa Nasi Kerabu
 
20 ekor ikan kembung bakar/selayang.
Lagi banyak ikan lagi sedap rasanya.
( Boleh juge direbus sebaiknye direbus dengan cuka + garam
bagi menghilangkan bau hanyir.)
1 biji kelapa parut. Kelapa yang agak muda lebih
sedap dari kelapa yang tua. Digoreng agak garing
10 bawang merah (tumbuk)
4 batang serai sedang dihiris nipis (ditumbuk)
1 inci halia (ditumbuk halus)
2 sudu makan serbuk lada hitam sekiranye suka
Gula dan garam secukup rasa.
Tumbuk bahan2 beserta garam & gula.
 
* Buang tulang ikan bakar. Tumbuk isi ikan hingga lumat.
  (Sekiranye ikan direbus sebaiknye digoreng seketika tanpa minyak.)
 
Caranya Membuat Sambal Kelapa:

* Goreng kelapa dengan api yang sederhana hingga
rangup dan berwarna perang muda.
Ditumbuk/ramas agar tidak terlalu kasar.
 
. Antara bahan-bahan untuk sambal ikan sebelum digaulkan

Satukan semula semua bahan yang dan digaul sebati

Kuah Budu

 Budu, Daun limau purut, Serai Batang
Cili padi yang di ketuk kasar
Sedikit Air & Manisan/Gula melaka
Masak seketika & angkat


Ulam Ulaman
 
Kacang panjang, Kubis, Timun, Daun kesum
Bunga kantan, Kacang botol/kacang panjang, Taugeh,
buah pauh muda. Hiris halus kesemua ulam ulaman. 

Sambal Cili
 
Cili padi, Cuka, Garam, Gula
* Tumbuk kesemuanye sehingga sebati
(lagi sedap jika guna cili padi jeruk)


Kuah Tumis Nasi Kerabu
 
4 cawan santan pekat, ulas bawang merah
4 ulas bawang putih, bawang besar
25 cili kering, 1 inci halia
2 batang serai sedang - ketuk
1 asam keping, 3 keping gula melaka
5 sudu besar budu, 1/2 cawan minyak
Garam secukup rasa selepas memasukkan budu.

Caranya Masak Kuah Tumis:

Kisar semua bahan kecuali serai. Guna air yang sedikit
agar rempah senang garing nanti.
Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah dikisar.
Masukkan serai yang telah diketuk.
Tumis hingga rempah betul-betul garing @ pecah minyak.
Air ditambah sedikit demi sedikit (agak2)
Rempah yang ditumis dengan sempurna ( masa agak lama)
akan menghasilkan kuah tumis yang sedap dibandingkan
rempah yang ditumis hanya sekejap.
Masukkan santan pekat. Kacau dan masak hingga mendidih.
Pastikan selalu dikacau agar kuah tidak berketul.
Masukkan budu, gula melaka & garam secukupnye.
 Masak sampai gula melaka sebati & bolehlh diangkat.
Masa yang di ambil dlm 40 minit - 1 jam.
* tidak perlu buat sambal tumis sekiranye tidak suka.
Guna gula melaka lebih sedap (dicarkan/ditumbuk halus.)
dlm penyediaan sambal kelapa. Tapi boleh digantikan dengan gula.


Lauk pauk
 
Telur masin, Ikan rebus goreng celup tepung
Daging bakar / Daging goreng atau Ayam goreng
Keropok, Solok lada, Bawang putih jeruk

Cara Menghidang

Letakkan nasi di dalam pinggan. Masukkan sambal kelapa, 
ulam ulaman diikuti dengan, budu dan sambal.
Sedikit kuah tumis (sekiranye suka). Akhir sekali letakkan
 keropok dan lauk pauk seperti telur masin,
ikan celup tepung, daging bakar dll



Lauk pauk yang paling asas ialah ikan goreng tepung, telur masin dan keropok ikan.
Lagi sedap sekiranye di tambah seperti solok lada,
ayam bakar/percik/goreng, daging bakar/goreng, jeruk bawang putih.
Selamat Mencuba & menjamu selera


Saturday 29 September 2012

JOM JALE-JALE(jalan2) CARI MAKE(makan)

Makanan Yang Popular di KELANTAN

NASI KERABU


Nasi Kerabu merupakan makanan yang sinonim dengan Kelantan, ini kerana Nasi Kerabu di sini terkenal dengan keenakannya. 

Antara Restoran yang tersohor di Kelate
Restoran Yati Ayam Percik yang beralamat di No. 847, Jalan
Long Yunus, Kota Bharu  & Restoran Nasi Kerabu Golok Restoran Nasi Kerabu Golok ni terletak di
Jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu, Kelantan. (Berhampiran Simpang 4 Pasir Hor)
• Biasanya nasi kerabu boleh di dapati di mana2 sebab orang Kelate  makan nasi untuk
sarapan pagi. Nasi kerabu Boleh  menikmati Nasi Kerabu yang dilengkapi dengan
Ayam Percik, Daging Bakar, Telur Masin dan Keropok.

JOM JALE JALE KE KOTA BHARU, KELANTAN

 


UpTown / Pasar Malam Wakaf Che Yeh
Pasar Malam Wakaf Che Yeh. Bermula dari 6 ptg-3 pagi. Dibuka setiap hari
Wakaf Che Yeh (WCY) adalah sebuah pasar malam terbuka yang terletak kira-kira 4km di luar bandar Kota Bharu. Antara yang terbesar di Pantai Timur. Mempunyai keluasan suku ekar,
ia adalah tempat untuk membeli makanan ringan tempatan, buah-buahan dan
sayur-sayuran segar serta makanan laut. Pelbagai barang keperluan ade.
Boleh dibeli dengan harga yang murah. Terdapat juga deretan warung peniaga yang
menjual aneka pakaian lelaki dan juga pakaian wanita.

Wakaf Che Yeh beroperasi sepanjang masa dengan fungsi yang berbeza-beza ia

merupakan pasar borong di waktu pagi, pasar basah diwaktu siang dan berubah menjadi
pasar malam pula setelah matahari terbenam. Saksikanlah situasi tawar-menawar dan
teriakan peniaga-peniaga mempromosikan barangan jualan mereka sembil
berbual mesra sesame sendiri.




 
TESCO Kota Bharu
 merupakan TESCO pertama di dunia yang ditutup pada waktu Sembahyang Jumaat dan merupakan TESCO yang pertama di dunia tidak menjual minuman keras/arak ataupun produk segar yang tidak halal. Selain itu, TESCO Kelantan turut menyediakan tempat Solat yang cukup selesa kepada pekerja muslim. Dan apa yang menarik sekali ialah TESCO Kelantan merupakan TESCO pertama di dunia menggunakan tulisan jawi sebagai sebahagian jenamanya. Ini semua disebabkan Syarat untuk memasuki pasaran Kelantan. KELANTAN BOLEH!! 



 
Bazar Tuan Padang
Tengah-tengah Bandar Kota Bharu. Pusat membeli belah Bazar Tuan Padang, yang bertentangan dengan Bulatan Jam dan Muzium Negeri ini mudah untuk dikunjungi.
 
Parkson & Giant berada di tengan2 bandar Kota Bharu
Kelahiran bersama PARKSON & GIANT di KBTC.
yang merupakan terbesar di Kelantan. Ia merupakan rangkaian Parkson ke-34 di seluruh Malaysia. Ditubuhkan pada pada tahun 1987, Parkson Corporation Sdn Bhd
 –  merupakan sebuah rangkaian terbesar di Malaysia.



Pasaraya Besar Mydin Kubang Kerian.

KB Mall / Pasaraya Pacific




Baza Buluh Kubu Kota Bharu. Terkenal dengan Kain Batik @ Sutera

Pasar Siti Khadijah di tengah2 bandar Kota Bharu

Kalau hendak mencari kuih muih-tradisional atau hidangan istimewa masyarakat Kelantan, GUA
cadangkan anda ke Pasar Siti Khatijah. Di sini anda boleh mendapatkan kuih Akok, Tahi Itik,
Cara Berlauk, Serabe, Lompat Tikam, Nasi Kerabu, Nasi Tumpang, Jala Emas, Nasi Berlauk
dan juga Laksam. Kesemua hidangan ini boleh dibeli dengan harga murah dan paling penting,
rasanya enak kerana ia disediakan oleh anak jati negeri itu. Bukan seperti yang dijual di tempat-
tempat lain. Dengan RM1.00 anda boleh mendapat empat biji kuih, manakala Nasi Kerabu dan
Nasi Tumpang dijual pada harga RM2.00
.


Istana Jahar yang terletak berhampiran dengan Istana Balai Besar adalah di antara istana-istana yang menarik yang terdapat di sekitar bandar Kota Bharu. Malah Istana Jahar ini juga telah mula dibina dalam masa pemerintahan Sultan Muhammad II (1837-1886) setelah pembukaan bandar Kota Bharu dan pembinaan Istana Balai Besar.
 
Istana Jahar kini dijadikan sebagai Muzium Diraja Negeri Kelantan. Muzium ini mempamerkan sejarah kesultanan Negeri Kelantan daripada zaman awal hinggalah kepada pemerintahan Sultan Kelantan pada masa sekarang. Ruang pameran yang terdapat di bangunan Muzium ini dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti peralatan senjata, pakaian tradisi, dan hal-hal lain yang berkaitan dengan kesultanan. Walaupun telah dijadikan Muzium tetapi reka bentuk asal bangunan ini tetap dipelihara. Seni binanya yang unik dengan ukiran-ukiran yang cantik telah menyerikan lagi bangunan istana yang dijadikan muzium itu.

Istana Jahar yang terletak di sisi Istana Balai Besar di tengah-tengah bandar Kota Bharu adalah contoh warisan seni bina Melayu yang indah dan menarik. Sekiranya anda berkesempatan berkunjung ke sini, Istana Jahar dan istana-istana lain di sekitarnya jelas kelihatan di tengah-tengah bangunan baru dan moden. Namun pembangunan pesat kawasan sekitarnya tidak menjejaskan bangunan warisan bangsa yang banyak menyimpan rahsia sejarah.



Menara Tinjau



Monday 3 September 2012

Selamat Datang Ke Wan Nur Guesthouse Kota Bharu

<marquee behavior="scroll" direction="left">Selamat Datang Ke Wan Nur Guesthouse @ Wan Nur Homestay</marquee> 

 
Wan Nur Guesthouse merupakan sebuah banglo berkonsepkan homestay 
Wan Nur Guesthouse menyediakan penginapan yang luas & selasa. 
Wan Nur Homestay amat sesuai bagi yang ingin bercuti atau
berkunjung ke bandar Kota Bharu, Kelantan. 

Wan Nur Guesthouse bukan sahaja amat sesuai kepada
 pengunjung yang berkeluarga malah secara rombongan dan sebagainya.
 
Penginapan Wan Nur Guesthouse menyediakan:-

* 4 bilik tidur semuanye beraircond
* 3 bilik air & 1 water heater * 3 ruang tamu
* Fully furnished termasuk Mesin Basuh Auto, TV, Astro
DVD Player, Peti Ais, Dapur & peralatan dapur.

Wan Nur guesthouse juge mempunyai ruang parking yang luas yang
boleh memuatkan 5 buah kereta & lebih pada satu masa. 

Wan Nur Guesthouse boleh memuatkan dalam 20 orang dalam satu masa.
 
Kedudukan dan lokasi Wan Nur Guesthouse yang berada di antara
bandar Kota Bharu & Kubang Kerian.
 
Wan Nur Guesthouse amat sesuai untuk semua pengunjung yang ingin
bercuti dan mengenali bandar Cik Siti Wan Kembang.

Perjalanan dari Wan Nur Guesthouse hanya mengambil
10 minit ke Pusat Bandar, 5 minit ke Mydin & KFC Kubang Kerian,
5 minit Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM),
10 minit ke Pasar Borong Wakaf Che Yeh dan
15 Minit ke Lapangan Terbang Sultan Ismail.

Wan Nur Guesthouse di kelilingi Kedai makan @ Restoran seperti
Restoran Syakila, Restoran Nasi Kerabu Golok,
Restoran Nasi Lemak Ajish 80 sen dll.

Wan Nur Guesthouse berada di kawasan perumahan yang
mempunyai pengawal keselamatan kampung.
Menginap di Wan Nur Guesthouse memang berbaloi!!

Wan Nur Guesthouse disewa secara harian iaitu RM300/hari

Wan Nur Guesthouse Ruang Tamu Utama (1)

Wan Nur Guesthouse Ruang Tamu Tengah @ ke 2
Wan Nur Guesthouse Ruang Tamu ke 3

Alamat Rumah: Lot 1356, Kg Telok Baru, Jalan Ghucil Bayam, 15200 Kota Bharu, Kelantan.
No Tel: Pn. Nor 019-3829150 / En. Wan 019-3839150

Map Wan Nur Guesthouse / Wan Nur Homestay
Lawati laman webs kami di:-