Tuesday 2 October 2012

* Karipap Pusing

RESEPI KARIPAP PUSING
Resepi : Noorsha
Bahan Inti Sardin & Kentang:
*1 biji bawang besar *3 ulas bawang putih *1 hiris halia
5 biji cili padi @ 2 biji cili merah
2 biji kentang -saiz besar *1 tin besar sardin
1 pek kecil serbuk kari ikan * setangkai daun kari
* sedikit air, garam & gula

Cara² Inti Sardin dan Kentang:
tumbuk/blend bawang besar, bawang putih, halia, cili hingga lumat
tumis bahan bahan-bahan hingga garing.
Satukan serbuk kari ikan bersama sedikit air dan jadikan pes. Masukkan kedalam tumisan yang sudah garing tadi. Kacau rata.
Tumis lagi hingga garing semula.
Masukkan sardin yang dihancurkan bersama sosnya sekali
dan juga kentang kedalam tumisan.
Masukkan sedikit air, sedikit garam dan gula. Kacau hingga hampir kering.
Akhir sekali masukkan daun kari dan masak hingga benar² kering.


Bahan Doh Margerin:
1 cawan tepung gandum
5 sudu besar margerin

Bahan Doh Minyak:
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan minyak masak
1/2 cawan air sejuk
secubit garam

Cara² Doh Margerin:
Satukan margerin dan tepung gandum. Gaul sebati dan kepal²kan
kepada 5 bulatan sama besar. Ketepikan.

Cara² Doh Minyak:
Satukan garam kedalam air sejuk, kacau sedikit hingga larut, masukkan kedalam aduan tepung beserta minyak. Uli hingga rata.
Bahagikan kepada 5 bahagian bulatan sama besar. Ketepikan.
Doh margerin dan doh minyak yang diuli kepada 5 biji bulatan
Pastikan doh minyak lebih besar dari doh margerin.
 
Gelek sedikit doh minyak dan letakkan doh margerin ditengah2
Tutup doh margerin menggunakan doh minyak.
Tutup rapat2 dan bentukkan bebola semula.
 
Doh margerin yang siap dibungkus bersama doh minyak tadi
digelek leper. Gulung doh yang siap digelek tadi.
 Doh yang siap digulung digelekkan sekali lagi.
Gulungkan semula. Akan terhasil gulungan yang panjang
 
Potong setiap satu gulungan dengan pisau anggaran
ketebalan 1 cm setiap satu. Pastikan bahagian bawah
doh yang digelek sebelah dalam ya.

Letakkan sedikit inti dipermukaan. Kelim seperti karipap biasa.
Goreng dengan api sederhana hingga kekuningan. Siap
 

No comments:

Post a Comment