Wednesday 26 June 2013

IKAN SIAKAP BERLADA ALA THAI WAN NUR






Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap saiz besar
3 ulas bawang putih ditumbuk/blan
2 tangkai cili padi ditumbuk/blan
3 sudu besar sos cili thai
1 sudu besar sos ikan
1 hiris air asam limau nipis

Bahan untuk hiasan:
1/2 biji bawang besar | dipotong dadu
1 inci halia | dimayang halus
Hirisan daun ketumbar
Buah nenas | potong dadu (sy ganti dengan tomato/potong dadu)
Boleh juga masukkan timun yang  dibuang biji dan dipotong dadu

Cara:
1. Ikan diperap dengan sedikit garam. Goreng dengan minyak yang banyak.
2.Tumisan bawang putih dan cili padi, sehingga garing. 
3. Masukkan sos cili thai, sos ikan & daun ketumbar. Tutup api
4. Kemudian curahkan sos tadi ke atas ikan dan perahkan limau nipis ke atasnya. Sedia untuk dinikmati.

Kek Batik Biskut Marie Wan Nur


Bahan-bahan:
1 paket milo (saiz paling kecil)
1 bungkus biskut marie (Dipatahkan kepada 4 bahagian)
1 ketul butter (250g)
1/2 tin susu pekat manis
1 sudu besar esen vanilla
sedikit kacang goreng @ badam bakar



Cara-cara:
1. Cairkan butter di dalam kuali/periuk
2. Setelah butter cair, masukkan milo dan susu. Kacau non stop jangan bagi berketul2
3. Apabila sebati, masukkan esen vanilla. Kacau lagi
4. Apabila adunan tadi menjadi pekat dan mendidih. Tutup api biarkan agak suam
5. Masukkan biskut marie yang telah dipatah-patahkan
6. Gaulkan sehingga biskut marie tadi diseliputi dengan adunan coklat 
7. Angkat, dan terus masukkan dalam loyang. Mampat-mampatkan adunan supaya tiada ruang antara biskut tadi. Taburkan kacang goreng / badam bakar.
8. Apabila dah siap, masukkan dalam fridge (bahagian ais) lebih kurang 2 jam
Sedia di makan :)


::: Tapi kalau suka yang kek batik yang rangup, letak dalam fridge bahagian biasa tu pun dah ok!



Ikan Stim Wan Nur



Bahan-bahan ( 1 hidangan )

  • Bahan A (Untuk ikan)
  • 1 ekor ikan siakap /ape2 je jenis ikan yg digemari. 
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 1/2 inci halia (diketuk)
  • 1 batang daun sup hiris kasar
  • 3 ulas bwg putih (diketuk)
  • bawang besar potong bulat
  • 1 sudu besar kicap sotong
  • Cara
  • Lumuskan ikan dengan air limau sekejap. Bersihkan. Lumurkan ikan dengan sos ikan. Taburkan keatas semua bhn2 diatas ke atas ikan & kukuskan sehingga masak.

Bahan B (Bahan kuah)
  • 5-7 biji cili api dihiris kecil
  • 1 sb sos ikan
  • 4 sb jus limau campur (limau nipis + limau kasturi) 
  • 1 biji tomato dipotong dadu kasar
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • 1 sudu gula @ 1 sdb sos cili thai (saya guna sos cili thai)
  • * Campurkan kesemua bahan dlm satu mangkuk acau biar sebati

  • Cara-cara
  1. Setelah ikan masak. Angkat dan keluarkan air ikan tadi. Letakkan kuah tadi keatas ikan. Boleh dihidangkan. Rasa masam manis & pedas. 

* PUDING KASTAD LAICI


PUDING KASTAD LAICI
Bahan2 Utk Puding
  • 1 cwn tepung kastard
  • 4 1/2 cwn air
  • 1/2 cwn susu cair
  • 1/2 cwn gula
Cara-Cara
  1. Satukan tepung kastard bersama gula, susu cair dan air. Gaul semuanya.
  2. Masak di atas api sederhana sehingga agak pekat dan kacau sentiasa. Biasanya dlm anggaran 20 minit. Setelah agak pekat, matikan api dan tuang dlm bekas2 kecil atau loyang.
  3. Biarkan sejuk sebentar dan simpan dlm peti sejuk. Setelah beku barulah boleh di hidangkan.
Bahan Utk Kuah
  • 1 tin buah laici
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin air biasa (air masak)
  • 1 cwn gula( terpulang pd masing2 ya..)
  • ketulan ais secukupnya
Cara-Cara
  1. Masak gula bersama air(sekadar gula hancur je..). Setelah itu biarkan sejuk.
  2. Setelah air gula sejuk, bolehlah tuang laici dan susu.
  3. Ambil puding tadi dan masukkan kedlm mangkuk...tuangkan kuah yg bercampur laici.
  4. Sedap di makan ketika sejuk. Boleh juga di letak ketulan ais.
**Biasanya saya guna air masak biasa campur dngn susu cair dan gula saja. Lepas tu tuangkan buah laici.Gaul sebati dan letak sedikit ketulan ais. Barulah di hidangkan bersama

Sunday 23 June 2013

RESEPI KEK PUDING KARAMEL PELANGI


Bahan-bahan untuk Gula Hangus:
2 sudu besar gula (boleh buat 1 1/2 sb untuk air)
Loyang 8 inci / 20cm
Cara-cara:Masukkan gula di tengah loyang kek, agak-agak di kawasan api dapur supaya senang gula cair.
Panaskan dengan api perlahan di atas dapur.
Biarkan sehingga gula cair dan berwarna perang dan tidak perlu di kacau.
Bila semua gula sudah hancur tutup api dan ratakan air gula memenuhi dasar loyang.
Ketepikan dan sediakan pula adunan puding. Air gula akan mengeras, biarkan sahaja. Gula ini akan cair apabila di bakar bersama dengan adunan puding dan kek nanti.

Bahan-bahan untuk Puding
400ml fresh milk / susu cair
3 biji kuning telur (Putih telur masukkan terus ke dalam mangkuk pengadun untuk meringue nanti)
2 biji telur
140 gram gula castor
1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara:Asingkan 3 biji putih telur dan kuning telur.
Masukkan 3 biji putih telur ke dalam mangkuk pengandun untuk bahan kek adunan 1 (meringue) nanti. Masukkan 3 kuning telur di dalam mangkuk kecil +
Masukkan 2 biji telur ke dalam mangkuk telur kuning dan kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih
Kemudian satukan telur dan semua bahan-bahan di atas ke dalam mangkuk besar. Kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih.
Bila semua sebati, tapiskan ke dalam loyang gula hangus tadi.
Semasa memasukkan bancuhan puding, gula hangus akan berbunyi seperti kaca pecah.
Tidak perlu dibakar dahulu adunan ini.Ketepikan. Sediakan pula lapisan untuk kek bahan 1

Bahan-bahan untuk Kek:
Adunan 1 (Meringue)6 biji putih telur ( 3 biji putih telur dari bahan puding + dgn 3 biji putih telur baru)
70 gram gula castor
1 sudu kecil cream of tar tar
Cara-cara:Pukul putih telur sehingga berbuih.
Masukkan gula castor dan cream of tar tar.
Pukul lagi dengan speed tinggi sehingga kental dan kaku. .
Apabila mangkuk pengadun diterbalikkan adunan tidak tumpah.
Ketepikan. Guna mixer yang sama tidak perlu basuh terus buat adunan 2 untuk kek.

Adunan 2:
3 biji kuning telur ( kuning telur dari bahan meringue tadi)
130 ml air
50 ml minyak masak
70 gram gula castor
140 gram tepung gandum
1 sudu teh baking powder
Cara-cara: Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan.
Pukul kuning telur, air dan minyak masak sehingga putih dan gebu.
Masukkan gula castor dan pukul lagi sehingga kembang
Matikan mixer.
Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kacau dengan senduk kayu secara kaup balik sehingga semua bergaul sebati.
Masukkan separuh adunan 1 (meringue) ke dalam adunan 2 Kaup balik perlahan-lahan. Kemudian masukkan semua adunan 1 dan kacau rata secara kaup balik.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama banyak.
Warnakan dengan warna pilihan anda.
Sudukan ke dalam loyang puding tadi. Adunan kek akan terapung di atas adunan puding seperti gambar 10. Adunan akan bergerak kiri kanan... bila sudah separuh adunan dimasukkan baru stabil.
Sudukan 4 sudu besar adunan purple, diikuti 4 sudu besar adunan hijau di tengah adunan purple, 4 sudu besar adunan merah diletak tengah adunan hijau dan buat 4 sudu lagi utk semua warna. (2 kali untuk 4 sudu setiap warna)
Kemudian 3 sudu besar adunan purple, 3 sudu besar adunan hijau diikuti 3 sudu besar adunan merah sebanyak 3 kali lagi.
Diikuti dengan 2 sudu besar setiap warna sebanyak 2 kali dan akhir sekali 1 sudu besar setiap warna sehingga adunan habis.
Panaskan oven 160 degree. (panaskan sekali dgn tray oven yang ada air utk bain marie nanti)
Bakar secara double boiler atau bain marie selama 50 minit atau sehingga kek dan puding masak di rak paling bawah dalam oven.
Setelah masak biarkan kek di dalam oven selama 10 minit atau sehingga keliling kek lekang dari loyang.
Terbalikkan ke atas pinggan dan kek akan turun sendiri.
Segera lap lebihan air gula yang meleleh dan di atas puding secara perlahan dan berhati-hati supaya kek tidak basah.
Potong kek semasa kek benar-benar sejuk dan hidangkan. Sedap di makan selepas disejukkan di dalam peti sejuk.

TIPS MEMBUAT KEK PUDING KARAMEL PELANGI
Kek akan basah jika terlalu banyak air gula. Jadi sebaiknya minimakan penggunaan gula untuk gula hangus. 2 sudu besar sudah memadai. Boleh guna 1 1/2 sb sahaja jika tidak mahu air gula meleleh banyak semasa proses terbalikkan kek.
Kacau adunan puding perlahan-lahan jangan sampai berbuih untuk dapatkan tekstur puding yang licin mulus tidak berlubang-lubang, kemudian tapis.
Untuk dapatkan meringue yang gebu kental, jangan sesekali termasuk kuning telur ke dalam adunan putih telur walaupun sedikit. Jika bercampur dengan kuning telur, meringue tidak akan menjadi...kesannya kek tidak naik dan tidak gebu. Pastikan semua peralatan untuk meringue kering dan tidak berminyak.
Segera lap air gula yang turun semasa terbalikkan kek. Sebolehnya jangan bagi kek dibasahi dengan air gula supaya kek kering cantik semasa dipotong.
.


Biskut Tart Nenas


Tart Nenas Gulung (180 biji Tart ) 

Bahan-bahan
1 kg tepung gandum Cap Sauh  

500g mentega 

125 g majerin planta 
4 kuning telur 
1 putih telur 
1/4 sudu teh garam halus 
15-20 g gula halus - jika suka


1 sudu teh esen vanilla 
sket pewarna kuning 

1 kg Jem Nenas 



Sapuan
1 kuning telur + sket pewarna kuning + 1/2 sudu kecil air - kacau sebati 

Cara membuat: 
Campurkan kuning telur, putih telur, garam halus esen vanilla dan pewarna kuning 

dlm mangkuk kecil & dipukul. 
Dalam mangkuk besar, gaul kan mentega, gula dan tepung hingga menjadi serbuk roti kemudian masukkan campuran telur tadi. Gaul sebati. 

Masukkan dlm acuan tat gulung, picit dan letak kan jem kemudian gulung. 
Sapu atasnya dgn bahan sapuan kemudian bakar pd suhu 160C selama 20 min atau sehingga masak (suhu dan masa bergantung kpd jenis oven) 

Nota: Jika adunan keras yakni gulungan putus2 boleh lah tambah lg majerin/mentega 
sehingga mendpt adunan yg betul2 lembut 

Biskut Badam Rangup



BISKUT BADAM 


Bahan-bahan:
120gm butter
70 gm gula 


1 biji kuning telur
1 s/t vanilla
60 gm badam kisar
180gm tepung gandum / tepung rose merah

badam flake
kuning telur untuk sapuan

Cara membuat:
1. Gaulkan butter dan gula sehingga lembut.
2. Masukkan telur dan vanilla dan gaulkan lagi.
3. Masukkan badam dan tepung gandum dan gaulkan lagi.
4. Canai dan ratakan adunan.
5. Tekan dengan sebarang acuan dan letakkan badam flake dan sapukan kuning telur atasnya.
6. bakar dalam suhu 180'C selama 15 minit atau masak.
7. Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara

Biskut Cornflakes Madu

Bahan :

1 kotak besar cornflakes ( Nestle ) 6 sudu besar butter 6 sudu besar gula pasir 2 sudu besar madu kekacang/ceri (jika suka)
Kaedah sama jer cam di atas. Kalau nak tabur dgn choc rice boleh, choc sprinkle boleh.. terpulang la pd citarasa masing2 ya.. 


Cara-cara
  1. Cairkan mentega, gula dan madu dengan api yang kecil. Kacau hingga mentega cair.
  2. Cornflakes dihancurkan sedikit dan dimasukkan dalam mangkuk.
  3. Campuran mentega dan madu dimasukkan ke dalam mangkuk berisi Cornflakes tadi.
  4. Gaul rata hingga semua Cornflakes diselaputi dengan madu.
  5. Sudukan ke dalam papercup dan tabur kekacang ke atasnya. Letak hirisan ceri jika suka. 
  6. Susun di loyang dan bakar selama 10-15 minit dengan suhu yang bersesuaian.

Tips: Kalau cornflakes madu ni kurang melekat antara satu sama lain selepas dibakar, cuba lebihkan sedikit masa utk membakar tu tp jgn sampai hangus.. Boleh jugak direndahkan  suhu oven supaya  tak hangus..

Biskut Cornflakes




Bahan-bahan :
250 gm mentega
3/4 cawan gula aising
1 sudu kecil asen vanilla
1 biji kuning telur
250 gm cornflakes (diramas sikit)
2 cawan tepung naik sendiri
Bahan-bahan lain :
mangkuk kertas secukupnya
ceri merah dan ceri hijau sebagai hiasan (dipotong kecil)



Cara-cara :
Pukul mentega dan gula aising hingga sebati.
Setelah sebati, masukkan kuning telur dan pukul lagi. Kemudian masukkan asen vanilla.
Masukkan tepung naik sendiri dan cornflakes yang diramas tadi. 
Gaul sebati menggunkan senduk kayu saja.
Sudukan adunan ke dalam mangkuk kertas dan hiaskan dengan potongan ceri merah dan hijau.
Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 C selama 20 minit.
Sejukkan biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.


Biskut Samperit




BAHAN-BAHAN


Biskut Almond London




Bahan-Bahan


1 ketul butter
1/2 cawan gula pasir halus @ 
gula castor
1 biji kuning telur
tepung gandum secukupnya
1/4 cawan tepung jagung

Badam biji - bakar hingga rangup
badan hancur - panggang sebentar
coklat masakan
lemak sayur
paper cup

Cara-caranya
  • Kacau butter bersama gula hingga sebati
  • masuk kuning telur- kacau
  • masuk tepung gandum dan tepung jagung sedikit2 sambil dikacau rata.
  • tambah tepung hingga tidak melekat ditangan dan boleh dibentuk.
  • ambil sedikit pastri, salutkan badam dengan pastri dan bentukkan bujur dengan menggunakan tangan    buat hingga habis
  • bakar hingga kekuningan- biarkan sejuk.
  • masak coklat dengan cara double boiler masukkan sesudu teh lemak sayur (shortening)
  • setelah coklat cair angkat dan mulalah proses mencelup 
  • angkat pastri yang telah dicelup dengan menggunakan penyepit dan masukkan ke dalam paper cup
  • tabur badan hancur sebelum coklat menjadi beku.
  • Masukkan 2 minit dalam peti sejuk untuk mengeraskan coklat...
  • siap untuk dimakan...

Biskut Makmur



Bahan-bahan:
500 gm tepung gandum
80 gm gula halus
minyak sapi 

Bahan Inti:
300 gm kacang tanah
70 gm gula halus
Gula icing 

Cara menyediakan:
1. Gaulkan semua bahan Doh sehingga lembut dan boleh dibentukkan.
2. Kacang tanah dibakar dalam oven selama 20 minit [sehingga kulit boleh tanggal bila di gosok kacang]
3. Mesinkan kacang dan gaulkan dengan gula.
4.Ambil doh dan leperkan.
5. Masukkan inti yg telah dibulat bentuk bujur sebesar biji buah kurma. Bentukkan bujur.
6. Bakar dalam suhu 180C selama 20 - 25 minit.
7. Sejukkan baru golekkan dalam gula icing.
8. Simpan dalam balang kedap udara.